5 Perkara Istimewa Tentang Si Dia


Tepat jam menunjukkan pukul 2.53 a.m, 1 Disember 2017, mata ini masih segar. Aku tak tahu samaada masalah sakit perut ni atau sebab aku dah habiskan sebotol Nescafe isyak tadi yang buatkan mata aku masih tak mengantuk. Hmm atau mungkin jugak sebab soalan isteri aku yang terngiang-ngiang dalam seminggu dua ni...

" Apa hadiah abang nak bagi aanniversary kali ni?"
" Apa hadiah abang nak bagi  anniversary kali ni?"
" Apa hadiah abang nak bagi anniversary kali ni?"
" Apa hadiah abang nak bagi anniversary kali ni?"
" Apa hadiah abang nak bagi anniversary kali ni?"
" Apa hadiah abang nak bagi anniversary kali ni?"
" Apa hadiah abang nak bagi anniversary kali ni?"


Tengok dari ungkapan di atas menunjukkan, tahap keseriusan dia dari awal minggu hingga hari ni (sehari sebelum anniversary kami ). Soalan itu pulak memang KHAS diajukan untuk insan yang lemah daya fikiran dan kata-kata untuk menjawab soalan itu iaitu sang suami( aku ler tu ) . Tapi demi tidak menghampakan perasaannya, senyuman seikhlas mungkin diberikan sambil berkata ...

adalah.. RAHSIA... Shhhh

Padahal, dalam benakku ini memang aku tak tahu nak bagi apa pada dia tahun ni. Mulut cakap ada tapi sebenarnya tak prepare ape pun. Krisis macamni wajib berlaku setahun sekali pada para suami. Bukan sebab tak sayang isteri tapi kasih sayang tu tak semestinya ditunjukkan dengan hadiah dan wang ringgit.. BETUL TAK para suami?? hehe.. ayat cover..

Tapi nak tak nak , perlu juga memberi sesuatu pada isteri ni. Bukan sebab nak elakkan dia dari merajuk tapi sebagai tanda yang suami juga mempunyai peranan yang penting dalam membina rumah tangga. Rumah tangga ni bukan dibina dari sebelah pihak sahaja. Ia perlu dibina secara bersama sama tak kiralah dari segi fizikal atau pun rohani. Secara fizikal, kalau suami penat bekerja di luar, isteri perlu membantu suami menguruskan perihal rumah supaya suami tidak runsing dan serabut. Kalau isteri pun bekerja, suami pun perlu membantu menguruskan perihal rumah bersama sama. Kalau suami perdana menteri dalam keluarga, isteri jadilah menteri kewangan. Kalau tiba tiba isteri naik syeikh, nak jadi menteri dalam dan luar negara ( rancang percutian) suami boleh jadi menteri pengangkutan ( uruskan perihal penerbangan ). Tukar tukar portfolio setiap penggal. Kan harmoni kabinet rumah tu,. hehe.

Dari segi rohani pulak, if isteri dah luahkan perasaan dia pada suami, suami pulak jangan buat tak ambil kisah pulak. Pada siapa lagi isteri nak mengadu dan luahkan perasaan dia kalau bukan pada suaminya. Dalam sehari mesti ada benda yang dia nak cerita. Walaupun cerita yang sama, dia akan cuba guna skill 'paraphrase' waktu form five dulu untuk cerita pada suami dia supaya cerita tu nampak lain sikit walaupun hakikatnya isinya sama. Suami pun perlu layan kerenah isterinya itu.  Maklumlah kuota perkataan isteri ni lebih banyak berbanding suami.  Baru mood dan perasaan isteri akan sentiasa Happy. Masa ni boleh lah nak order makanan sedap-sedap suruh dia masak. 

So disebabkan isteri aku dah sediakan hadiah untuk aku sempena anniversary ni, aku perlu menghadiahkan dia sesuatu iaitu  ...............  penulisan blog ni. Harap harap masa dia baca entri ni tepat jam 12.01 a.m esok dia akan tersenyum..riang...gembira..ketawa terbahak bahak...terguling jatuh katil...  So dalam entri ni aku akan kongsikan beberapa perkara istimewa tentang isteri aku. Kalau benda-benda ni sama macam isteri korang, suruh dia baca sekali blog ni.. Nanti mesti masing masing ketawa dan harmoni rumah tangga masing masing..

SEORANG YANG PENYAYANG

Dia memang seorang penyayang. Apa apa yang dilakukan memang akan dibuat demi keluarga. Dia sanggup tidak bekerja dan menjadi surirumah sepanjang masa walaupun ada kelulusan tinggi. Itu adalah pengorbanan yang sangat besar bagi diriku kerana memang aku mendambakan seorang surirumah bukan rakan pejabat.  Dia sanggup tidak bekerja semata mata mahu menumpukan perhatian dia pada anak anak dan suami. 

SEORANG YANG KUAT DAYA INGATAN

Ini memang trait istimewa para isteri. Macam aku cakap sebelum ni, dia memang teliti. Dia akan ingat setiap inci benda yang ada kat rumah ni. Kalau aku tak jumpa barang aku akan tekan remote ulang suara "Mana barang ni ayang?" automatik aku akan dapat jawapan yang persis lagi jitu. Tak payah tonggek tonggek pun cari merata rata. Dia siap siap boleh "share location" lagi kat mana benda aku cari tu. 

Bila sembang sembang pulak kadang kadang mesti dia akan imbau kenangan kenangan masa bercinta dulu. Bila nak masuk part tu aku dah start berpeluh sikit. Bukan sebab apa, mesti akan ada soalan cepu emas tentang tarikh dan warna baju..Time warna baju boleh lagi tembak sebab warna biasa ada 12 je, kalau tak kena boleh buat buat tersilap lepas tu pilih warna lain dan insyaallah biasa kena, Tapi kalau time suruh sebut tarikh tu aku aku dah surrender, perut yang tak pernah ada gastric macam tetiba ada. Bila tak ingat mula lah dia ingat kita tak sayang padahal nombor tu main lari lari kat otak ni. Tak duduk diam so tak dapat nak bagi jawapan. Nak tembak tak boleh, sebab nombor banyak, Kalau dah betul tarikh, dia nak pulak sekali pulak dengan tahun. Aduishh....

SEORANG YANG UKUR TAK PERNAH STRAIGHT

Sorry to say, yang ni bukan isteri aku je ade. aku pun ade sifat ni. Kalau kitorang ukur mesti tak pernah lurus walaupun pembaris tu memang dah terang-terang lurus. Pernah kitorang pindah rumah dan nak pasang wallpaper. Ukur punya lama, last last pasang senget jugak. Nak buat bentuk tanah lurus jadi tanah gambut, berombak ombak sebab dua dua senget haha!! Garis kat kertas pun senget walaupun dah ada kotak. ish tak tahulah...


SEORANG YANG MUDAH TERKEJUT

Yang ni memang sifat istimewa. Dia senang sangat terkejut. Walaupun dah bagitahu awal awal nak sergah dan bagitau dia jangan terkejut. Tapi bila sergah je.. hmmm terkejut jugak. Walaupun sergah depan depan muka lagi, apalagi kalau sergah dari belakang. Pernah dia nak buat terkejut kat aku, dia sergah aku dan aku terkejut lalu menjerit, tengok tengok dia pun terkejut sekali dengar suara aku menjerit ala ala papazola tadi.  Ish ish ish. So perkara ni aku tak selalu buat , kalau nak buat pun buat volume rendah je... supaya terkejut dia sikit-sikit je hehe. 

SEORANG YANG TAK BOLEH LAPAR

Waktu lapar je kena jaga jaga semua. Kalau keluar jalan jalan dan dah nak sampai waktu makan, kena tanya dia kalau lapar ke tak. Kalau dia kata lapar wajib cari kedai makan yang paling dekat sekali. Jangan memandai suruh tahan lapar sikit cari kedai makan sedap tapi jauh sikit. Kalau cepat sampai tak apa, tapi kalau lambat sebab jem ke, siap sedialah telinga tu kena.. Mood dia akan hilang dan tak tentu hala. So yang ni memang kena jaga jaga. Biasa memang jaga sorang je, tapi lately macam dah berjangkit kat adik Hakim pulak perangai ni.. Hmmm, musykil..


Rasanya cukup setakat tu je kot. Kalau ada nanti boleh tambah lagi pada entri lain hehe. Cuma nak ingatkan pada semua para suami dan isteri yang kita perlu saling memahami antara satu sama lain untuk membina keluarga yang bahagia. Jangan terlalu mengharapkan yang terbaik dari pasangan kita tapi jadilah yang terbaik untuk pasangan kita. Hidup kita ini tidak akan pernah PERFECT tetapi akan LENGKAP jika ada pasangan yang menyempurnakan kelemahan diri kita.


Just nak ambil kesempatan ni nak ucapkan "Selamat menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang ke -6 kepada isteri tercinta". Harap harap dia bacalah entri ni dan kalau ada salah silap atau fakta yang salah tu harap dimaafkan yer =p















Post a Comment

Copyright © Afiz Latif. Designed by OddThemes & SEO Wordpress Themes 2018