Star Wars The Last Jedi : Filem Review



Star Wars The Last Jedi... antara filem yang memang aku tunggu tunggu. Bukan sebab jalan ceritanya atau watak wataknya tapi sebab, aku membesar dengan filem filemnya. Setiap kali tengok cerita star wars, teringat zaman kecik kecik dulu.. Hehe. Nostalgic gituu..

SINOPSIS

Untuk filem kali ini, aku beri 4 bintang. Jalan ceritanya menarik dan tersusun. Di awal plot cerita ini menceritakan pertempuran antara puak resistance dan tentera 'First Order" yang diketuai oleh General Hux. Misi puak resistance adalah memusnahkan kapal armada milik tentera First Order. Kejayaan puak resistance memusnahkan kapal armada itu, walaubagaimanapun telah meragut nyawa beberapa pejuang hebat yang mereka miliki. Setelah selesai misi, mereka melarikan diri menggunakan hyperspace lane dengan harapan, kapal induk mereka tidak dapat di kesan oleh pihak musuh. Namun sangkaan mereka meleset kerana pihak musuh masih lagi dapat mengesan mereka. 

Dari sinilah plotnya berkembang dan pelbagai soalan mula menjengah otak pemikiranku. Macamana diorang boleh trace? Ada dalang ke dalam puak resistance? ada teknologi baru ke untuk mengesan kapal yang menggunakan hyperspace? Macamana diorang nak kalahkan tentera musuh yang lebih ramai dari mereka tu? Semua tu kalau nak tahu kena pergi tengokla baru best. Hehe

APA YANG MENARIK?

Kalau korang tengok Filem Star Wars sebelum ni.. (Force Awaken) last scene cerita tu, Rey betemu dengan Luke Skywalker.. Perghhh best time tu. Dapat jumpa legend Jedi yang masih lagi berlakon. Of course muke dia dah tua. Dan korang mesti tahu tujuan utama Rey cari Luke Skywalker tu. Ye betul. Dia nak cari seorang master yang boleh latih dia menjadi seorang jedi. Tapi Luke enggan mengajarnya kerana perasaan bersalah yang ada dalam diri Luke. Dia berasa bersalah kerana dia adalah bekas guru Kylo Ren. Di sebabkan Kylo Ren berpaling ke arah Dark Side, dia bertekad tidak akan melatih seorang pun menjadi Jedi selepas ini.



Dalam filem ini, apa yang menarik perhatian aku adalah hubungkait antara Rey dan Kylo. Mereka seperti ada satu hubungan yang sangat unik hinggakan mampu berkomunikasi secara telepati. Masing masing sedar akan keupayaan mereka dan berupaya menarik satu sama lain kearah mereka. Rey yakin bahawa Kylo masih ada kebaikan dalam dirinya dan mampu meyakinkan Kylo untuk kembali ke jalan lurus. Manakala Kylo sering menghasut Rey untuk menyertainya ke arah kegelapan. Jadi siapakah yang akan menang dan kalah dalam perang psikologi ini? korang kena tengok sendiri cerita ni kalau nak tahu. hehe




Kali ini, watak Jedi yang dimainkan oleh Rey adalah sangat independant. Maksudnya, dia tidak dilatih secara khusus oleh Luke, namun mampu meningkatkan kuasa dan tekniknya sebagai seorang Jedi hanya dengan inisiatif sendiri. Berlainan dengan filem filem sebelum ini, seorang Jedi mestilah dilatih oleh seorang Master untuknya mengawal tenaga Force yang ada dalam diri seorang Jedi itu. 





Part yang paling epic dalam cerita Star Wars semestinya pertarungan antara Jedi Master dan apprentice nya. Kalau kita tengok dulu  dalam Star Wars espisode III, Obi wan kanobi melawan Annakin skywalker. Begitu juga dalam filem Star wars episode IV, Darth Vader melawan Obi Wan Kenobi. Tak terlepas dalam filem ini, pertarungan antara Kylo Ren dan bekas gurunya Luke Skywalker adalah plot terakhir dalam cerita ini. Pada masa ni, jantung aku berdebar debar, mujur sempat pegi toilet tadi. Kalau tak mesti terlepas scene ni. Haaaa. korang mesti nak tahu siapa menang kan. Haha korang mesti akan terkejut tengok siapa menang.. sebab aku sendiri pun terkejut, sangkaan aku meleset sama sekali. hehe..

Antara quote yang best dalam cerita ini adalah 

i) Failure is the greatest teacher
ii) When there are weakness, there are also strength
iii) If we want to win, we do not fight what we hate, but save what we love.

ok itu saja review untuk filem Star Wars The Last Jedi. Nasihat aku sebelum tengok, pergi lah toilet dulu. cite ni 2 jam 30 min. takut tertahan tahan pulak dalam panggung tu nanti hehe. Overall cerita ni sangat best..Siapa tak tengok lagi jom sama sama gi tengok..

1 comment :

  1. best la cerita Star Wars ni, dah layan 2 filem starwars, rasa nak tonton filem-filem yang sebelum ni yan tak pernah tengok lagi.

    ReplyDelete

Copyright © Afiz Latif. Designed by OddThemes & SEO Wordpress Themes 2018