DuitNow BELON UDARA PANAS DATANG KE KUALA NERUS, TERENGGANU




7 Oktober 2022 – DuitNow QR, telah datang ke Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus untuk mempromosikan kesedaran tentang betapa mudahnya untuk pergi tanpa tunai walaupun untuk transaksi kecil dengan tunggangan Belon Udara Panas RM1.




Berlangsung dari jam 8 pagi-11 pagi dan 6 petang-9 malam, pada 7 hingga 8 Okt, pengunjung Karnival Jom Heboh Terengganu boleh mengambil peluang untuk menaiki belon udara panas dan melakukan beberapa aktiviti lain yang menyeronokkan seperti aktiviti lukisan muka, dan bergambar di bahagian Instagrammable di booth PayNet DuitNow. Ini merupakan kali kedua DuitNow QR menawarkan aktiviti yang menyeronokkan ini, selepas kejayaan yang memberangsangkan di Karnival Jom Heboh Putrajaya.




Pengarah Pembayaran Runcit dan Perkhidmatan PayNet, Khairuan Abd Rahman berkata, "Matlamat keseluruhannya adalah untuk membawa kesedaran kepada rakyat di luar Lembah Klang tentang betapa mudahnya menggunakan DuitNow QR untuk pembelian kecil. Kami mula-mula memutuskan untuk memberi keseronokan kepada orang ramai dengan menyediakan aktiviti menaiki belon udara panas yang unik di Putrajaya dan ia menjadi sangat popular. Justeru, kami kini membawa pengalaman ini ke Terengganu sebagai 'Rakan Cashless Jom Heboh'. Sambil kita mendigitalkan negara, semua orang seharusnya dapat merasai kemudahan menggunakan pembayaran kod QR .”




DuitNow kini merancang untuk menjelajah ke seluruh negara sebagai ‘Rakan Cashless’ Karnival Jom Heboh dengan menaiki belon udara panas.

Community Verified icon



Post a Comment

Copyright © Afiz Latif. Designed by OddThemes & SEO Wordpress Themes 2018