Best Ke Karnival Upin Ipin ni?



Alhamdulillah diizinkan lagi Allah untuk menulis entri baru pada pagi ni. Hari jumaat lepas kitorang dapat invitation untuk pergi karnival Upin Ipin di MAEPS Serdang, Budak-budak kat rumah ni memang minat upin ipin tapi nak pergi ke sana memang tak lah, Dah la jauh nun di Serdang dan aku nun di pantai timur. Tapi sebab mendapat jemputan pergi jugak sambil nak menggembirakan anak anak dan ISTERI!!..  Hehe, mama nye yang bersungguh sangat nak pergi , Layankan je lah



Sampai sampai je kat sana, kitorang parking kereta dan naik tram. Wah best!. First time bawak arif dan hakim naik tram, Satu experience baru. Tak ramai orang cuma adalah beberapa orang naik sekali tram tu. Kalau tak ada orang, aku dah diri tepi tangga nyayi lagu kuch kuch hota hai, Haha feeling hindustan lagi tu,,

Naik tram dengan muka cool, dalam hati nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai. Feeling cite2 hindustan.


Dah sampai di Hall C, ambik tiket dan terus masuk. Terkejut aku, ingatkan dia sediakan kerusi untuk kitorang duduk, rupa rupanya bagi bantal suruh baring depan pentas, Mak ai, ni dah macam tengok wayang masa kat zaman sekolah dulu ni.. Dah la depan sekali, mesti senang nak ambik gambar dengan Upin dan Upin nanti. BEST giler dapat seat ni wei.. Rasa macam VIP pulak.( tapi memang dapat jemputan jadi VIP pun)


Wah ini siap boleh terlelap ni, selesa sangat

Alahai, diorang ni nak menyibuk jugak. Tak puas hati tak dapat naik pentas la tu

Adik hakim dan arif memang terbeliak la mata dapat tengok Upin Ipin dekat dekat. Dahla memang diorang minat Upin Ipin ni. Start je acara, Upin Ipin pun keluar, memang bersorak bagai la.. Aku biasa je, ye lah tak kan papa dia pulak yang lebih. Simpan dalam hati sudah walaupun niat nak naik sekali atas pentas. ( niat tak menghalalkan cara ) . Lepas Upin Ipin, ada pulak watak-watak dari cerita Pada Zaman Dahulu. Yang ni best jugak, sebab ada jalan cerita. Yang Upin Ipin tadi banyak muzikal sahaja.

khusyuk nye si kecik ni..


" Ni Ipin ke, macam pelik je, kepala dia tengok aku semacam je"


Ok dah habis watak watak Pada Zaman Dahulu, kini sampai masa untuk watak yang paling aku tunggu keluar. Ultraman!!!!. Wah legend ni. Dulu memang minat Ultraman dari kecik lagi. Dari Ultraman Ace, Hakuto dan Minami.. Biasa tengok kat tv je. Ni first time dalam hidup tengok Ultraman yang betul.. Nak ukur tinggi Ultraman, memang tinggi ke, atau sama tinggi je ngan aku.


Sebelum Ultraman keluar, pengacara tu berulangkali sebut dan ingatkan anak anak supaya bila keluar Ultraman nanti jangan naik atas pentas dan berguling guling atas pentas dengan Ultraman. Yelah takut budak budak ni naik syeikh tengok Ultraman lawan raksasa. Baru je nak umum Ultraman keluar, dah ada yang nak naik atas berguling dengan Ultraman. Pengacara tu pesan lagi sekali, mak ayah, tolong kawal anak anak, jangan biar diorang diluar kawalan. Dalam hati aku cakap, dah dahla tu cakap, suruh je Ultraman tu keluar.

Bila Ultraman tiba tiba keluar je, dengan muzik yang bersemangat.. aku pulak yang yang rasa nak melompat berguling guling dengan Ultraman.. jiwa  jadi tak keruan.. WAH!!! Ultraman...... Tapi aku masih waras. Tak jadi nak melompat hehe..

Yeah!! Ultraman!!! hiyahhhhhh!!zap!! zip!! zepp! yahh!! (ok tak keruan kejap)


Dah abis acara Ultraman, ada pulak watak watak dari cerita 'Puteri'. Yang ni memang anak anak aku tak layan sebab arif bukan suka cerita perempuan perempuan ni. Kitorang pun beredar dari pentas tu dan pergi berjalan-jalan dalam dewan tu. Memang banyak barang Upin Ipin dijual. Memang boleh beli macam macam, daripada baju sampai berus gigi Upin Ipin pun ada jual. Macam macam la ada..

wah lego pun boleh main. 

" Kenapa bapak dan anak dia ni macam tak betul je aku tengok" kata budak bawak belon biru tu


Kemudian kitorang keluar dewan tu dan pergi ke dewan sebelah. Kat situ best. Banyak info tentang pembinaan cerita Upin Ipin ni. Kita boleh tengok macammana diorang buat animasi, cara buat suara rakaman. Kalau korang cuba nak buat pun boleh.. diorang bagi. Kemudian ada juga replika rumah Opah. Dapat masuk dalam tu dan bergambar. Wah dah macam dalam cite pulak rasa. Kemudian ada tadika diorang, dan juga watak watak dinasour dalam cerita tu tu.


Keluarga jauh baru balik raya rumah opah. Dah lama tak balik raya,

Cikgu besar marah muridnya mengantuk dalam kelas

Ok dah penat jalan, masa untuk pulang. Arif dan Hakim pun macam dah kepenatan, yelah straight travel dari subuh sampai maghrib. Kitorang pun balik naik tram ke tempat parking. Overall, memang BEST pergi sini. Aku pun duk terpikir dulu kenapa la ramai sangat orang datang tengok Upin Ipin ni, dah la sesak dengan orang ramai. Nak masuk jem pulak tu. Macam buang masa dan duit je rasa. Tapi rupa rupanya, baru aku paham, masa dan waktu tu tak ada nilai langsung kalau nak dibandingkan dengan senyuman dan kegembiraan anak anak aku dapat berjumpa dengan watak watak yang diorang tengok hari hari dalam tv. Kalau kita buat yang terbaik untuk anak dan isteri, Insyaallah , Allah akan datangkan keberkatan. Lepas ni kalau tengok cerita Upin Ipin lagi, tak adalah rasa sayu hati tak dapat pergi sini sebab hari hari diorang mintak pergi sini. Kalau tak tunaikan rasa bersalah pulak.

Apa apa pun memang BEST la Karnival Upin Ipin 2017 ni. Memang tak rugi pergi.. Goodies pun dapat. Tak balik tangan kosong la kami hehe

Upin Ipin bagi masa peluk cium nak balik tadi










Post a Comment

Copyright © Afiz Latif. Designed by OddThemes & SEO Wordpress Themes 2018